Wednesday 26 October 2011

PENGENALAN

 Laman ini dibangunkan untuk memenuhi kursus Sejarah Media Baru ( CMT 3112 ). Kursus ini merupakan kursus yang wajib di ambil oleh setiap pelajar semester 5 elektif Multimedia, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan. kursus ini di ajar oleh En. Jasni bin Dolah.

Kursus ini menitik beratkan tentang peranan yang di mainkan oleh sejarah media baru dalam membantu penghasilan karya seni dari segi estetika, strategi, trend, dan aspirasi sosio - budayanya. Di antara ciri- ciri utama dalam kursus ini termasuklah bagaimana nilai integriti, intetaktif, hypermedia dan naratif dapat membantu dalam penghasilan karya seni digital yang berkualiti dan inovatif. Manakala, latihan yang diberikan pula berasakan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi dalam membantu penghasilam karya seni digital. Oleh hal yang demikian, pelajar akan lebih memahami tentang konsep asas sejarah media baru yang berlaku di Malaysia terutama dalam penghasilan karya digital. Selain itu, pelajar juga akan mempunyai kebolehan merancang, menilai dan menghasilkan keputusan akhir dalam merancang kesesuaian teknologi masa ini.

































No comments:

Post a Comment