Tugasan

Soalan 1
Huraikan maksud sejarah media baru dalam konteks penghasilan karya seni digital. Pilih satu atau dua medium bagi menyokong pendapat anda.


Definisi media baru secara ekslusifnya merujuk kepada teknologi komputer yang sering di gunakan dalam seni, filem, perdagangan dan sains. Manakala media digital merupakan kecenderungan kepada kebebasan teknologi sebagai karekteristik sesebuah medium atau menrefleksikan teknologi digital ( Dewdney and Ride. 2006 : 8 & 20).


Kebanyakan teknologi yang menerangkan " media baru " digital biasanya mempunyai ciri - ciri yang dapat di manipulasikan, mempunyai jaringan, padat dan interaktif. Antaranya ialah internet, laman web, multimedia berkomputer, permainan komputer, CD-ROM dan DVD. filem, majalah, buku dan sebagianya tidak dikategorikan sebagai media baru melainkan jika ia mengandungi teknologi yang membolehkan ianya berinteraktif.



Soalan 2

Huraikan tentang penggunaan teknologi komputer apple.

Steve Jobs merupakan pengasas Apple Inc, yang dahulunya dikenali sebagai Apple Computer, Inc ( NASDAQ : AAPL ) iaitu perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual berbagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih serta perisian dan perkasasan komputer tambahan.


Sumbangan Komputer Apple


Sumbangan mendiang Steve Jobs dalam dunia teknologi maklumat sememangnya tidak boleh di pertikaikan lagi. Beliau banyak membawa perubahan dalam penggunaan teknologi maklumat sekarang. Daripada permulaan penggunaan komputer peribadi MAC, iMac, iPod. iTunes, iPhone dan iPad. Kesemua produk ini telah mengubah gaya kehidupan manusia seluruh dunia. Malahan boleh dikatakan kesemua produk Apple hasil inovasi Steve Jobs ini menjadi peneraju dalam teknologi maklumat dunia kini, jika tiada produk ini kemungkinan kita tidak akan merasi teknologi ini. Steve Jobs adalah orang pertama mencipta komputer peribadi dan mouse di dunia.


Apple Inc merupakan syarikat yang menyumbangkan pelbagai kemudahan dan keperluan manusia dalam perhubungan terutamanya dari segi aplikasi kompter dan mobile. Apple telah terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru seperti iPhone dan Apple TV serta ciri- ciri untuk Mac OS X " Leopard " untuk sistenm pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian selain daripada iTunes Store. Laman webnya juga membekalkan muzik, buku, audio, permainan, video muzik, pertunjukan Tv dan filem digital yang boleh di muat turun. Produk - produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti - peranti perisian berkait seperti pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. selain itu, produk - produk perisian Applee yang paling terkenal termasuklah sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem.


Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan " Computer " daripada nama korporatnya kerana syarikat ini tidak lagi membekalkan produk untuk komputer sahaja malah pada masa ini syarikat ini membekalkan pelbagai produk elektronik untuk pengguna. pertukaran nama ini berlaku ketika pengumuman Apple mengenai smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya kerana membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.


Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali. Kedai - kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk - produk pihak ketiga dan membekalkan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.



Soalan 3

Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.


Mac adalah PC yang paling cantik dan canggih di dunia. Dengan menggabungkan estetika yang sangat tinggi bersama dengan teknologi yang terkini, Apple Macintosh telah membuat PC menjadi personal dan semakin mudah. Antaramika Mac OS adalah OS yang paling ergonomik dan " user friendly". PAda masa dahulu, Macintosh adalah personal komputer yang menggunakan processor Power PC buatan IBM/ Motorola ( G3 = IBM, G4 = Motorola, G5 = IBM) manakala sebelumnya menggunakan 68K buatan Motorola. 68K merupakan mokroprosesor CISC dan PowerPC merupakan mikroprosesor RISC ( Reduced Instruction Set Computing ). Pada masa ini, komputer Macintosh sedang beralih menggunakan Intel prosesor.



Soalan 4

2 medium baru dalam penghasilan karya.




Apple


Apple telah mengeluarkan satu laptop baru pada tahun 2011 iaitu Laptop Apple Thunderbolt Macbook Pro. Ia merupakan notebook terlaju yang pernah di hasilkan. Ia juga telah di asaskan oleh 2 teknologi penting dalan sistem laptop iaitu PCI Express dan Display Port. Selain itu, ia merupakan notebook yang menyokong paparan resolusi tinggi dan boleh memproses data berkecekapan tinggi, ringkas dan fleksibel.


Notebook ini merupakan teknilogi daripada gabungan Apple dan Intel. Ia juga sesuai untuk pereka grafik menghasilkan karya kerana ianya sangat laju dalam penghasilan grafik design dan juga operasi pemindahan data. Hal ini demikian kerana ia hanya memerlukan 30 saat untuk perpindahan data yang berkapasiti antara 10g hingga 20g. Notebook ini adalah berkali ganda lebih laju berbanding USB2.0 ataupun USB 3.0 atau eSATA.

Selain itu, Apple Macbook  Pro Thunderbolt juga mempunyai siri baru Intel Sandy Bridge Core i7 i5 dan Core prosesor. Bagi Apple Macbook Pro 13 inch memiliki prosesor Intel Core 2.3GHz dan cukup kuat untuk memberikan kecepatan hingga 3.4 GHz manakala Apple Macbook Pro 15 inch dan 17 inch memiliki 2.3 GHz quad- core prosesor Intel Core i7 dengan kecepatan  Turbo Boost hingga 3.4 GHz dan boleh mencecah sehingga 8MB cache L3.

Teknologi Thunderbolt merupakan hubung ( connecter ) USB seperti mengirim data antara peranti dengan kecepatan sepuluh gigabite sesaat. Melalui teknologi baru ini pengguna boleh tranfer full lenght film berdefinisi tinggi dalam masa hanya 30 saat. Soket Thunderbolt juga boleh digunakan untuk menghubungkan komputer ke monitor external, penyimpanan drive dan lain - lain.

Antara ciri istimewa laptop ini adalah ringan, ringkas, fleksibel dan ianya sangat sesuai untuk golongan profesional media ataupun blogger kerana ianya boleh menghasilkan paparan video, foto dan grafik yang terbaik.



Adobe Photoshop


Adobe Photoshop merupakan perisian pengeditan grafik secara canggih dengan menggunakan tetikus sahaja. Adobe Photoshop merupakan salah satu perisian pengedit imej yang di perkenalkan sejak tahun 1990. Perisian ini berguna untuk kerja mengedit gambar dan menghasilkan karya grafik untuk tujuan komersial. Bidang penerbitan, pengiklanan, fotografi, dan reka bentuk grafik banyak menggunakan perisian ini.

Contoh gambar yang telah di edit dengan menggunakan adobe photoshop.